1 MALAYSIA

Sabtu, 12 Januari 2013

Maxis Telah Memperkenalkan iPhone 5 Dibawah Pakej Komunikasi Belia



Maxis telah memperkenalkan Pakej Komunikasi Belia. Dulunya hanya menawarkan Samsung
Galaxy Y sebagai belian rebat RM200.Kini anda dapat 6 pilih telefon pintar 3G, dibawah pakej prabayar Hotlink ataupun pascabayar Maxis.


Terdapat 6 pakej yang diberi, antaranya iPhone5, Samsung Galaxy S3, HTC Desire C, Samsung Galaxy Mini 2, Nokia Asha 311 dan Samsung Galaxy Y sebagai pilihan.

Bagi yang ingin memohon pakej dari Maxis ini

Sila ikut langkah dibawah

Langkah 1 : Sila layari ( http://nbi.skmm.gov.my/ ) dan ikut arahan untuk pra pendaftaran.
Langkah 2 : Sila bawa dokumen - dokumen di bawah ke pusat Maxis untuk pembelian telefon pintar
                    ( Salinan MyKad )
                    ( Salinan ID Pelajar ( jika anda seorang pelajar )
Langkah 3 : Daftar pelan Maxis atau Hotlink dengan internet mudah alih.

Syarat Kelayakkan 
  • Belia Malaysia yang berumur antara 21 dan 30 tahun termasuk pelajar.
  • Pendapatan bulanan sebanyak RM3,000 dan kebawah.
  • 1 telefon pintar 3G bagi setiap belia sahaja.
  • wajib langgan pelan Maxis atau Hotlink dengan internet mudah alih.

SKMM menasihatkan para belia agar memilih telefon berdasarkan kemampuan masing - masing dan tidak terburu - buru membeli selepas mendaftar.Setelah mendaftar,belia yang layak diberi tempoh 30 hari untuk menebus rebat RM200 mereka di wakil - wakil penjual yang dilantik.

Ahad, 30 Disember 2012

Pakej Komunikasi Belia ( Rebat RM200 )



Rebat RM200 bagi membeli telefon pintar 3G : Bajet 2013 kali ini telah memberi kemudahan (keistimewaan) bagi golongan belia yang ingin mengunakan telefon pintar.Pakej Komunikasi Belia ini akan bermula pada 1 Januari 2013, golongan belia ingin membeli telefon pintar 3G akan mendapat Rebat RM200 semasa membeli telefon pintar tersebut.

Pendaftaran telah dibuka, bagi yang ingin memohan telefon pintar 3G (smartphone). Sila klik di SINI dan pastikan anda berumur 21 hingga 30 tahun sahaja . Kepada Belia - belia yang ingin memohan sila lakukan pendaftaran dengan segera kerana ianya hanya dibuka 1.5 juta belia sahaja.



Skim Pakej Komunikasi Belia (PKB) dilaksanakan oleh tujuh syarikat telekomunikasi , yakni Celcom, Clixster , DIGI , Maxis , Tune Talk , U Mobile dan YTL Communications dengan koordinasi Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia  (SKKM).


Syarat- syarat kelayakan 
  • Warganegara Malaysia berumur dari hingga 30 tahun
  • Berpendapatan Kasar bulanan RM3000 dan ke bawah 
  • Model Telefon pintar 3G yang ditawarkan sila layari web ini untuk semak ( model )
  • Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej baharu
  • Hanya satu telefon pintar untuk seorang
Untuk kepastian tentang permohanan dan syarat.... 
  • Sila Klik ( SINI )


Cara memohan.
  1. Pra Pendaftaran (www.komunikasibelia.skmm.gov.my/)
  2. Cetak Slip Pendaftaran
  3. Pengesahan di wakil- wakil penjual sah yang berdekatan
  4. Pilih dan beli telefon pintar 3G : diskaum rebat RM 200
Wakil Penjual Pakej Komunikasi Belia Di Seluruh Negara : SKMM
Senarai telefon pintar yang akan ditawarkan adalah seperti

Jenis-jenis telefon 


1. iPhone 5,
2. Samsung Galaxy S3,
3. Samsung Galaxy Mini 2
4. Samsung Galaxy Y
5. Samsung Galaxy Note 2
6. Samsung Galaxy Ace Plus
7. Samsung Galaxy S3 Mini
8. Samsung Galaxy Note
9. Samsung Galaxy Nexus
10. LG Optimus LE E400
11. HTC Desire C
12. HTC One X
13. HTC Wildfire S
14. HTC Desire X
15. HTC One S
16. Nokia Asha 311
17. Sony Xperia Tipo Single
18. Sony Xperia SL
19. Sony Xperia Ion
20. Sony Xperia S
21. Huawei Ascend P1
22. Windows Phone 8X By HTC
23. Ninetology Blackpearl 2 i9400
24. Ninetology Stealth 2 i9500
25. Palette i5300
26. ZTE Acqua
27. Buzz 4G Cloud Phone
28. Insight i9430

    Apa pandangan anda tentang Rebat RM200 ini?
    • Anda membeli telefon pintar 3G tapi tidak melanggan perkhidmatan Internet ?
    • Dapat memberi mamfaat kepada golongan belia ke ?
    Blog akan dikemaskini dari masa ke semasa...



    Sabtu, 3 November 2012

    Permohonan BR1M 2.0 Secara Online Sekarang




    Borang permohonan BR1M 2.0 telah mula di sebar di akhbar - akhbar di Malaysia dan boleh didapati di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Selain itu Rakyat Malaysia juga boleh memohan secara online. Yang menarik kali ini individu bujang yang berumur 21 keatas juga dapat BR1M. Permohanan BR1M ini dapat memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, kos peruntukan sebanyak RM3 bilion.

     Borang BR1M 2.0 Boleh didapati...
    • Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri
    • Jabatan Perbangunan Persekutuan
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat
    • Pejabat daerah negeri
    Selain itu Borang BR1M 2.0 juga boleh memohon secara online di rumah dan borang ini dapat di muat turun.

    Muat turun borang sila klik link ini   Borang Manual
    Secara Online melalui internet sila klik link ini  ebr1m.hasil.gov.my

    
    Contoh borang secara manual



    Contoh borang secara Online



    Syarat kelayakan BR1M 2.0

    Isi rumah yang layak (RM500)
    • Warganegara Malaysia 
    • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
    • Berkahwin.
    • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah.
    • Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
    • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan keatas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan bawah.
    Individu bujang yang layak (RM250)
    • Warganegara Malaysia.
    • Bujang (termasuk Belia/ Janda / Duda ) yang tiada tanggungan berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan kebawah ) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan kebawah.
    • Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
    • Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

    Bagi yang telah menerima BR1M 1.0 tidak perlu memohon berulang kali KECUALI
    • Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau Kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan BR1M pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun 2013.

    Isnin, 1 Oktober 2012

    BAJET 2013





         Perbagai pihak menyambut baik bajet 2013 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia ).Segala persoalan telah terungkai, mungkin dengan bajet 2013 yang di bentangkan ini dapat memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat terutama kepada golongan muda.

    PEMBENTANGAN BAJET 2013 MALAYSIA
    • Tarikh :  28 September 2012
    • Masa  :  3.00 petang - 6.30 petang
    • Lokasi : Dewan Rakyat
    • Pembentang : Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia)



     Tema bagi bajet 2013 "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati"


    Mengurus ( Operasi ) Bajet : RM201.9 Bilion
    Pembangunan Bajet : RM49.7 Bilion
    Jumlah Bajet 2013 : RM251.6 Bilion

    Antara bajet yang di bentangkan.......

    BANTUAN DAN SUBSIDI
    • Bantuan tunai RM500 - isi rumah berpendapatan bawah RM,3000
    • Bantuan tunai RM250 - individu bujang berumur 21 tahun ke atas bawah RM2,000.
    • Pengurangan subsidi gula 20 sen (kerajaan masih menanggung 34 sen dengan perbelanjaan RM278 juta).
    • Subsidi minyak masak (penstabilan harga) RM1.5 bilion.
    • subsidi kos pengangkutan (LPG 14kg setong asal RM70 harga subsidi RM26.60).
    • Tambahan 57 KR1M di sabah, sarawak dan labuan.
    • Diskaun 50% ke atas tambang feri bagi kenderaan komensial mengangkut barangan sarawak-labuan-sabah.

    BONUS KEPADA PENJAWAT AWAM
    • Pemberian satu setengah bulan bonus

    TENTERA 
    Penambahbaikkan Skim Perkhidmatan ATM
    • Menambah baik kelayakan masuk (ijazah- pegawai:Diploma - askar Laskar)
    • Kenaikan pangkat secara time - based (8 tahun: Prebet ke Lans Koperal & Lans Koperal ke Koperal).
    • Bayarn insentif khas RM200 sebulan 
    • Menaikkan elaun khidmat tugas anggota Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut dan UDARA( dari RM4 sejam kepada RM7.80 sejam.

    PESARA KERAJAAN 
    • Menyelaras minimum pencen yang berkhidmat sekurang- kurangnya 25 tahun :daripada RM720 kepada RM820
    • Manfaat kepada 50,371 pesara (termasuk penerima pencen terbitan)

    SKIM PERLINDUNGAN INSURANG BERKELOMPOK 
    KEPADA ANGGOTA TENTERA DAN POLIS
    • Had perlindungan maksimum RM15,000 
    • Manfaat kepada hampir 242,000 anggota


    MEMPERMUDAH IBADAH HAJI
    • Membenarkan pencarum KWSP membuat pengeluaran di akaun 2 bagi jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran RM3,000.

    KAJIAN SEMULA CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU DAN KOPERASI
    • Individu kadar cukai pendapatan di turunkan 1 mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan RM2,500 hingga RM50,000.
    • Koperasi kadar cukai pendapatan dikurang antara 1 hingga 7 mata peratusan di semua kumpulan pendapatan bercukai.

    MERINGANKAN BEBAN PENGUSAHA BAS 
    Bantuan kepada pengusaha bas sekolah
    • Pemberian rebat RM10,000 dan subsidi kadar faedah 2% ke atas pinjaman membeli bas baru untuk menggantikan bas sekolah lama yang berusia melebihi 25 tahun dengan kapasiti 12 hingga 18 tempat duduk.
    • Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah had perlindungan sehingga RM100,000.


    MENGURANGKAN KOS PEMBELANJARAN PELAJAR

    Program kebajikan kepada pelajar sekolah - RM2.6 bilion
    • merangkumi bantuan asrama, rancangan Makanan Tanbahan, Bantuan buku teks.
    Program bantuan persekolah - RM100 kepada pelajar sekolah
    • manfaat 5.4 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5.
    Program Baucar Buku 1Malaysia - RM250 kepada pelajar universiti
    • manfaatkan 1.3 juta pelajar universiti dan tingkatan 6

    PINJAMAN PTPTN & SKIM SSPN
    • Diskaun 20% bagi penyelesaian sekali gus(sehingga 30 september 2013)
    • Diskaun 10% setahun kepada yang membayar pinjaman secara konsisten 

    PROGRAM JALUR LEBAR RAKYAT
    • Mewujudkan 100 Pusat internet 1Malaysia di kawasan perumahan rakyat.

    AKTIVITI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORORAT (CSR)

    Pihak GLC menyokong usaha CSR
    • Felda: membangunkan 20,000 projek perumah dalam kawasan Felda, membaiki rumah- rumah kampung trdisi, program latihan dan latihan kemahiran.
    • Yayasan 1MDB: pemberian geran pendidkan, klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaik pulih rumah- RM300 juta.
    • Syarikat GLIC dan GLC (RM500 juta) dalam pembangunan komuniti, biasiswa


    PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
    DAN MASYARAKAT ORANG ASLI
    Projek pembangunan infrastruktur luar bandar
    • Bina 441km jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa - manfaat 220,000 penduduk.
    • Projek bekalan air - manfaat 24,000 rumah.
    • Projek penyambungan bekalan elektrik - manfaat 19,000 rumah.
    • Program Desa Lestari - melibatkan 29 kampung dan manfaat 38,000 penduduk.
    • Program pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli - RM88 juta.
    • Membekalkan 40,000 tangki air dikawasan pedalaman sabah dan sarawak.

    KESIHATAN ASAS KESEJAHTERAAN 
    Projek pembangunan perkhidmatan kesihatan
    • Peruntukan RM19.3 bilion bagi perkhidmatan kesihatan.
    • Membaik pulih 350 buah klinik kerajaan - peruntukan RM100 juta.
    • Tambahan 150 mesin dialisis di pusat hemodialisis kerajaan seluruh negara.
    Klinik 1 Malaysia 
    • Tambahan 70 Klinik Rakyat 1Malaysia ( kesemuanya 240 klinik seluruh negara).
    • Menyediakan perkhidmatan ujian darah kolesterol & glukosa serta ujian air kencing.

    PEMBANGUAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT
    Program pembangunan wanita dan masyarakat
    • Program Pengarah Wanita - melatih 500 wanita sebagai Ahli Lembaga Syarikat.
    • Program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal ( I- KIT ).
    • Program Get Malaysian Busness Online - geran RM1,000 kepada 50,000 usahawan kecil untuk membangunkan laman web.
    • pemeriksaan percuma ujian mamogram 0 manfaat 100,000 wanita.
    • Program KARISMA - manfaat RM1.2 bilion.
    • Program 1AZAM - manfaat 58,330 peserta.
    • Tambahan enam Anjung Singgah dan lima Anjung Kasih diseluruh negara

    BELIA DAN SUKAN
    Program pembangunan Atlet dan sukan
    • Penyediaan atlet ke kejohanan sukan antarabangsa - sukan SEA, Sukan Pra ASEAN, Sukan Komanwel dan program Road to Rio.
    • Pembinaan Akademi Badminton di bukit kiara.
    • Pembinaan kompleks Velodrom tertutup di seremban.
    Program pembangunan belia
    • Program Y - creative - pembabitan persatuan belia seluruh negara .
    • Penubuhan New Enterpreneur Fundation - usahawan muda menceburi bidang ICT.
    • PenubuhanYoung Enterpreneur Fund - pinjaman perniagaan untuk belia dengan subsidi kadar faedah 2% ditanggung oleh kerajaan ( had pinjaman RM100,000 ).
    • Program 1M4U - menggalakkan aktiviti sukarelawan belia.
    • Rebat RM200 kepada belia 21-30 tahun bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G.
     
     Blog akan dikemaskini dari masa ke semasa........
        

    Apa pendapat anda tentang bajet 2013?

    Selamat Datang buat semua, kerana sudi singgah ke blog saya... Sebarang isu, pendapat dan cadangan boleh di bincang bersama di blog ini. Dapatkan berita, isu pelaburan, saham dan pelbagai lagi isu semasa akan dibincangkan di blog ini..