1 MALAYSIA

Khamis, 3 Mei 2012

Tasik Kenyir sediakan prasarana taraf dunia



DALAM tempoh 14 bulan akan datang, Terengganu bakal mencipta sejarah apabila Tasik Kenyir yang dibentuk bagi menampung bekalan air untuk menjana tenaga elektrik daripada Stesen Janakuasa Sultan Mahmud (SJSM) akan diwartakan sebagai kawasan bebas cukai.

Pemilihan Pulau Bayas di persekitaran tasik itu sebagai kawasan tumpuan pelancong untuk membeli-belah barang berjenama dan berkualiti dianggap sebagai sesuatu yang unik kerana tasik dengan 340 pulau itu dikelilingi keindahan alam yang kaya dengan flora dan fauna. Ini menjadikan Tasik Kenyir sebagai kawasan seumpamanya dengan kemudahan itu di dunia selepas di Ireland dan Sweden
Tasik yang selama ini menjadi destinasi wajib kunjung di kalangan kaki pancing, sehubungan itu akan berubah status dan tarikan buat selama-lamanya kerana selepas ini ia akan menjadi lokasi percutian sekeluarga menerusi tambahan pelbagai prasarana dirancang merangkumi dataran, jeti, hotel dan chalet, gedung beli-belah serta tarikan 10 pulau bertema untuk program ‘Island Hopping’.
Perancangan pembangunan prasarana di Tasik Kenyir untuk membolehkannya menjadi sebuah kawasan pelancongan paling unik dan istimewa di rantau ini sedang giat dilaksanakan bagi memastikan Tahun Melawat Terengganu 2013 turut mempunyai sentuhan input istimewa daripada kawasan ini sejajar matlamat kerajaan negeri menjadikan pelancongan sebagai tunjang ekonomi selepas hasil petroleum.

Seperti ditegaskan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said: “Kita tidak boleh bergantung selama-lamanya kepada hasil (royalti) minyak dan gas. Jadi kita mahu menjadikan pelancongan sebagai tulang belakang pemacu ekonomi dan pembangunan di negeri ini.

“Sebenarnya, Terengganu ada banyak aset pelancongan seperti jajaran pantai yang indah sepanjang lebih 240 kilometer, pulau, tasik serta keindahan produk kraf tangan juga kehalusan songket dan batik Terengganu yang semuanya mempunyai potensi ekonomi,” katanya.

Kerajaan negeri memperuntukkan RM100 juta tahun ini bagi membangun dan memajukan prasarana pelancongan di Tasik Kenyir sebagai kawasan bebas cukai dan destinasi pelancongan keluarga bertaraf antarabangsa khususnya di Pulau Bayas yang akan diwujudkan Pusat Perdagangan Kenyir (KTC).
Sementara di Pengkalan Gawi akan dibina terminal jeti utama, esplanade dan kuarters kakitangan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

Seiring pembangunan dan hala tuju yang sudah direncanakan kerajaan negeri untuk Tasik Kenyir, pelabur yang bijak menilai, pantas mengatur langkah menanam benih untuk meraih laba jangka panjang.

Sehingga kini, antara pelaburan terbesar yang direkodkan ialah pembinaan sebuah akademi sukan serta rekreasi yang dilengkapi pelbagai kemudahan, termasuk hotel dan chalet di Pulau Serindit.

Pelaburan bernilai lebih RM545 juta itu yang dijangka mula digerakkan pertengahan tahun ini akan dilaksanakan bekas jaguh regu badminton negara, Soo Beng Kiang bersama rakan kongsinya.

Bagi menampung keperluan penginapan pengunjung ke kawasan yang dijadikan sebagai destinasi percutian eksklusif berteraskan alam semula jadi itu, rancangan sudah disusun untuk menyediakan kemudahan sehingga 900 bilik.


Oleh Azman Mahmood
BERITA HARIAN ONLINE

Selasa, 1 Mei 2012

Kadar Gaji Minimum Sektor Swasta



  Selamat menyambut hari pekerja buat semua pekerja di malaysia, sama ada anda bekerja dari sektor swasta dan kerajaaan semuanya sedang bercuti pada hari ini.

Sempena sambutan hari pekerja ini, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi gaji sektor swasta sebanyak  RM 900 sebulan atau RM 4.33 sejam untuk semenanjung manakala Sabah, Sarawak dan labuan pula pada paras RM 800 atau RM 3.85 sejam.

Perdana Menteri berkata, gaji minimum itu akan meliputi semua pekerja termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun.

                                   INFO


Pengumuman kadar gaji minimum RM 900 akan berkuat kuasa enam bulan dari tarikh perintah gaji minimum diwartakan.

Beliau berkata satu mekanisme juga akan disediakan supaya pelaksanaan gaji minimum tidak membebankan majikan dan merugikan para pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.

"Dalam usaha menangani isu gaji rendah dan kos sara hidup yang meningkat bagi pekerja sektor swasta, kerajaan pada prinsipnya bersetuju agar gaji minimum peringkat kebangsaan dilaksanakan.

"Langkah ini amat bertepatan sekali memandangkan kerajaan juga telah meningkat bagi sektor awam antara 7 hingga 13 peratus seperti yang telah saya umumkan baru-baru ini,"katanya. 

Saya berharap kerajaan perlu lebih perihatin tentang keadaan kos sara hidup di malaysia yang semakin meningkat bagi menjamim kehidupan yang lebih selesa di malaysia, menjelang 2020 nanti dan dipertimbangkan gaji minimum sektor swasta di Malaysia diselaraskan mengikut peringkat dan pencapaian masing-masing 

  • Sijil = gaji minimum sekian – berapa gaji minimum yang sepatutnya ditawarkan majikan?
  • Diploma = gaji minimum sekian – berapa gaji minimum yang sepatutnya ditawarkan majikan?
  • Degree = gaji minimum sekian – berapa gaji minimum yang sepatutnya ditawarkan majikan?

Bagaimana anda berpuas hati dengan kadar minimum gaji di malaysia bagi sektor swasta... ?
sila beri pendapat yang bernas untuk menjamin kemajuan negara.

Selamat Datang buat semua, kerana sudi singgah ke blog saya... Sebarang isu, pendapat dan cadangan boleh di bincang bersama di blog ini. Dapatkan berita, isu pelaburan, saham dan pelbagai lagi isu semasa akan dibincangkan di blog ini..