Selamat menyambut hari pekerja buat semua pekerja di malaysia, sama ada anda bekerja dari sektor swasta dan kerajaaan semuanya sedang bercuti pada hari ini.
Sempena sambutan hari pekerja ini, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi gaji sektor swasta sebanyak RM 900 sebulan atau RM 4.33 sejam untuk semenanjung manakala Sabah, Sarawak dan labuan pula pada paras RM 800 atau RM 3.85 sejam.
Perdana Menteri berkata, gaji minimum itu akan meliputi semua pekerja termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun.
INFO
Pengumuman kadar gaji minimum RM 900 akan berkuat kuasa enam bulan dari tarikh perintah gaji minimum diwartakan.
Beliau berkata satu mekanisme juga akan disediakan supaya pelaksanaan gaji minimum tidak membebankan majikan dan merugikan para pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.
"Dalam usaha menangani isu gaji rendah dan kos sara hidup yang meningkat bagi pekerja sektor swasta, kerajaan pada prinsipnya bersetuju agar gaji minimum peringkat kebangsaan dilaksanakan.
"Langkah ini amat bertepatan sekali memandangkan kerajaan juga telah meningkat bagi sektor awam antara 7 hingga 13 peratus seperti yang telah saya umumkan baru-baru ini,"katanya.
Saya berharap kerajaan perlu lebih perihatin tentang keadaan kos sara hidup di malaysia yang semakin meningkat bagi menjamim kehidupan yang lebih selesa di malaysia, menjelang 2020 nanti dan dipertimbangkan gaji minimum sektor swasta di Malaysia diselaraskan mengikut peringkat dan pencapaian masing-masing
- Sijil = gaji minimum sekian – berapa gaji minimum yang sepatutnya ditawarkan majikan?
- Diploma = gaji minimum sekian – berapa gaji minimum yang sepatutnya ditawarkan majikan?
- Degree = gaji minimum sekian – berapa gaji minimum yang sepatutnya ditawarkan majikan?
Bagaimana anda berpuas hati dengan kadar minimum gaji di malaysia bagi sektor swasta... ?
sila beri pendapat yang bernas untuk menjamin kemajuan negara.













0 Comment:
Catat Ulasan