1 MALAYSIA

Isnin, 26 Mac 2012

Dividen Bank Rakyat 15% + Bonus Saham 5%. Saya Mesti Pilih!!





Dividen Bank Rakyat Bonus Dividen Bank Rakyat 15% + Bonus Saham 5%. Saya Mesti Pilih!!


Kalau ikutkan agak lambat sedikit pengumuman dividen bank rakyat bagi tahun 2011 kali ini. Walaubagaimanapun penantian kalangan ahlinya tidak sia-sia apabila pengagihan dividennya adalah sebanyak 15% bersama-sama dengan bonus saham Bank Rakyat sejumlah 5%.
KUALA LUMPUR 26 Mac – Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.02bilion bagi tahun kewangan 2011. Ia merupakan kenaikan sebanyak 17.6% atau RM301.9 juta berbanding RM1.72 bilion pada tahun sebelumnya. Bank Rakyat turut mengumumkan dividen sebanyak 15% dan bonus saham sebanyak 5% bagi tahun kewangan berakhir 2011. (Sumber: UTUSAN MALAYSIA)
Tahun ini, semua semua tempat simpanan memberikan dividen yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.
  • Pengumuman Januari – Pelaburan ASB naik
  • Pengumuman Februari – Pelaburan Tabung Haji naik
  • Pengumuman Mac – Pelaburan Bank Rakyat naik
Jadi untuk pulangan sebanyak 20% memang berbaloi-baloi namanya. Sesuai dengan tagline Bank Rakyat “Saya mesti pilih”. Dan pulangan 20% ini sama seperti yang diumumkan pada tahun 2008.
Jika anda mahu mohon tambahan syer beberapa kriteria boleh dilihat termausklah anda merupakan pemegang syer yang agak lama, kuota 100,000 belum penuh lagi, ada buat pinjaman peribadi dengan Bank rakyat, dan tidak lupa juga contact orang dalam Bank Rakyat, ada harapan cerah untuk anda diberikan “lebih perhatian” untuk tambah syer tersebut. Ada rakan-rakan lagi mahu tambah cadangan?
P/S : Mungkin untuk tahun ini. Tetapi…..selepas ini kami jangkakan tahun hadapan jumlah pulangannya akan mula berkurangan

by Staff Berita Semasa on March 26, 2012



Hutang Kerajaan Malaysia (RM456.1 Billion – 53%/55%). Rakyat Malaysia Tak Perlu Bimbang!





Hutang Kerajaan Persekutuan Hutang Kerajaan Malaysia (RM456.1 Billion   53%/55%). Rakyat Malaysia Tak Perlu Bimbang!


Jikalau merujuk Perlembagaan Malaysia di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pembiayaan Kerajaan 1983, meletakkan had hutang kerajaan Malaysia berbanding dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia yang dibenarkan, sebagaimana yang telah ditentukan oleh Kementerian Kewangan (MOF) adalah pada paras 55% (paras terkini). Sekarang sudah ditahap berapa?

Jawapan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin : Hutang Kerajaan Malaysia Yang Terkini

Di bawah ini merupakan jawapan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin semasa menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini bagi mengawal hutang kerajaan Malaysia yang semakin meningkat.
 ”Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu,” katanya semasa sesi soalan di Dewan Rakyat
Tidak perlu bimbang? Kami pula yang bimbang dengan kenyataan daripada seorang menteri. Berdasarkan Laporan Ekonomi Kerajaan Malaysia 2011/2, hutang kerajaan persekutuan telah mencecah RM455.7 bilion pada akhir tahun 2011. Dan semakan semula kami melalui laporan berita yang bertajuk Hutang Malaysia 2012 Telah Melangkaui RM456.1 Billion!! (laporan yang kami sediakan sebulan yang lepas) menunjukkan hutang kerajaan Malaysia terus meningkat.

hutang Negara Malaysia Hutang Kerajaan Malaysia (RM456.1 Billion   53%/55%). Rakyat Malaysia Tak Perlu Bimbang!

Laporan Kewangan & Ekonomi Malaysia : Kali terakhir Data Dikemaskinikan pada 21 Mac 2012. Semakan menunjukkan penyata kewangan kerajaan tidak memasukkan liabiliti luar jangka bersama-sama ke dalam hutang.
Hakikatnya siling pinjaman berkanun telah dinaikkan beberapa kali untuk tempoh 6 tahun.
  • April 2003 - Siling pinjaman berkanun adalah sebanyak 40% (perubahan melalui kuasa & perintah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Jamaludin Jarjis)
  • Jun 2008 – Siling pinjaman berkanun adalah sebanyak 45 % (perubahan melalui kuasa & perintah Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Md Yakcop ketika itu)
  • Julai 2009 – Siling pinjaman berkanun adalah sebanyak 55% (perubahan melalui kuasa & perintah Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah)
Jadi, untuk 6 tahun sahaja antara tahun 3003-2009, siling pinjaman berkanun telah dinaikkan sebanyak 15 peratus daripada KDNK. Tidak mustahil siling pinjaman berkanun untuk dinaikkan sekali lagi? Mungkin?

by Staff Berita Semasa on March 22, 2012

Sabtu, 17 Mac 2012

Gambar Dan Video Terbaru Proton P3-21a



      Tak sabar saya nak lihat proton terbaru secara live. model terbaru ini dikenali dengan kod P3-21A. Pihak proton telah mempamerkan kereta baru proton kepada orang ramai di acara Proton Power of 1 di Bukit Jalil.Kereta proton P3-21A telah diletakkan di dalam kotak dan hanya boleh di lihat secara mengintai melalui lubang-lubang yang disediakan.Video Proton P3-21A juga dipertontonkan kepada orang ramai secara (teaser video). terdapat beberapa gambaran yang saya telah sediakan.






















 
 

    Proton Holdings Berhad telah mengumumkan harga jualan proton model terbaru keluarannya P3-21A  bermula dari RM62,000 hingga RM75,000 seunit mengikut jenis variasi dan spesifikasi dan tempahan telah mula dibuka.
      Memang terbaik laa dari proton kali ini mengeluarkan kereta baru yang jauh lebih baik, kita sama-sama tunggu proton P3-21A dirasmikan nanti.Justeru itu saya berharap Proton dapat mengeluarkan kereta yang lebih sport, mewah dari segi bentuk luaran dan dalam di masa akan datang... Proton terbaik. (Jangan lupa komen sikit pasal kereta nie.)


Selasa, 13 Mac 2012

KWSP tingkat pelaburan luar negara




Monday, 12 March 2012 administrator
Imej Berita Harian
(Berita Harian) - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bercadang meningkatkan peruntukan pelaburannya di luar negara kepada 30 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang sejajar peningkatan berterusan jumlah dana yang diuruskannya.
Ia yang kini disenaraikan sebagai antara 10 pengurus dana persaraan terbesar di dunia dari segi aset, ketika ini hanya dibenarkan melabur sehingga 23 peratus daripada dana yang diuruskannya dalam pasaran saham, hartanah dan instrumen berpendapatan tetap di luar negara.
Bagaimanapun, buat masa ini ia hanya menggunakan antara 12 hingga 14 peratus daripada dananya bagi tujuan berkenaan.

Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol, berkata jumlah keseluruhan dana yang diuruskan KWSP ketika ini adalah RM470 bilion dan mengunjurkan ia akan meningkat kepada RM500 bilion menjelang pertengahan tahun depan sejajar dengan peningkatan jumlah dan pendapatan pencarumnya.“Justeru, kami melihat wujud keperluan untuk meningkatkan peruntukan bagi pelaburan di luar negara kepada 30 peratus apabila dana yang kami uruskan mencecah RM1.5 trilion yang dijangkakan dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Pada masa ini majoriti pelaburan kami di luar negara lebih bertumpu kepada pelaburan dalam pasaran ekuiti di Asia Tenggara, Asia, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah serta sektor hartanah di London dan Australia.
“Kami akan meneruskan strategi sedia ada dalam meningkatkan pelaburan di luar negara," katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Azlan berkata, KWSP berminat untuk mengukuhkan lagi pelaburan dalam sektor hartanah di luar negara dengan meninjau peluang membeli hartanah di luar London, Perancis dan Jerman.

Beliau menjelaskan, pihaknya lebih selesa untuk membeli hartanah di Australia dan London kerana urusan undang-undang berkaitan syarikat, tanah dan cukai di negara berkenaan adalah hampir sama dengan Malaysia.

Ketika ini, KWSP mempunyai beberapa pelaburan dalam pasaran hartanah di United Kingdom (UK) termasuk bangunan pejabat di kawasan premium London, iaitu One Sheldon Square di Paddington Central yang dibeli pada harga 156
juta pound serta 40 Portman Square berhampiran Oxford Street membabitkan pelaburan 180 juta pound.

Tahun lalu, ekuiti adalah penyumbang pendapatan terbesar KWSP iaitu sebanyak RM13.29 bilion atau 48.81 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburannya.

Ia diikuti pinjaman dan bon, Sekuriti Kerajaan Malaysia dan instrumen pasaran wang yang masing-masing menyumbang RM7.54 bilion, RM5.63 bilion dan RM656.36 juta.

Baki RM115.41 juta atau 0.43 peratus lagi disumbangkan pelaburan dalam hartanah dan pendapatan pelaburan lain.

Susulan prestasi memberangsangkan itu, ia mengumumkan dividen enam peratus untuk 13 juta pencarumnya, iaitu tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

KWSP membayar dividen 5.8 peratus pada 2010 dan 5.65 peratus pada 2009.

Mengenai sama ada KWSP berupaya membayar dividen pada kadar sehingga dua angka pada masa depan, Azlan berkata, ia adalah amat sukar, terutama dalam persekitaran kadar faedah yang rendah ketika ini.

Beliau menjelaskan, sebagai sebuah agensi pengurus dana persaraan, majoriti pelaburan KWSP adalah dalam instrumen berpendapatan tetap dan berisiko rendah seperti SKM, bon serta instrumen pasaran wang yang biasanya adalah berkait rapat dengan arah aliran kadar faedah.


Khamis, 8 Mac 2012

Hutang negara masih terkawal: Tun Daim


2012/03/05

 KUALA LUMPUR: Kadar hutang negara masih pada paras yang boleh diurus dan Malaysia tidak akan muflis menjelang 2020 seperti yang didakwa sesetengah pihak, kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Di samping itu, segala pinjaman yang dibuat oleh kerajaan adalah bersumberkan daripada pinjaman domestik, kata Daim, yang juga merupakan penasihat ekonomi kerajaan Malaysia pada tahun 1990an.
"Satu perkara penting mengenai hutang negara adalah kebanyakannya ia diperoleh daripada pinjaman domestik.
"Jenis pinjaman ini lebih stabil dan tidak mendedahkan Malaysia kepada aliran keluar modal besar secara tiba-tiba," katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiarkan semalam.

Daim berkata, walaupun beberapa penganalisis bimbang kadar hutang negara dijangka meningkat 1.3 peratus kepada 54.8 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini, berbanding 53.1 peratus pada 2010, kenaikan ini adalah wajar sebagai tindak balas terhadap krisis kewangan global yang bermula pada penghujung 2008.

"Kenaikan terkini adalah disebabkan oleh kemelesetan ekonomi dunia dan subsidi besar yang diperlukan untuk menampung kenaikan harga barang makanan dan tenaga," katanya.

Beliau menegaskan paras hutang negara tidak mungkin mencapai 100 peratus pada 2019 kerana pihak kerajaan telah berazam untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 4.7 peratus pada 2012 yang akan mengurangkan keperluan kenaikan dana (hutang).
Justeru, beliau berkata situasi hutang negara tidaklah amat mencemaskan seperti yang dicanang oleh beberapa pihak.

"Secara peribadi saya akan menasihatkan kerajaan untuk mengawal dan menurunkan hutang berkenaan.

"Ini baik untuk kerajaan dan juga menjawab segala kritikan mengenai isu berkenaan," katanya. - BERNAMA

Hutang Negara Mencecah RM437.2 Bilion @ 52.7% Daripada KDNK. Bakal Cecah RM1 Trillion Tahun 2020




                              (Sumber : http://www.economist.com/content/global_debt_clock)

Kalau pada tahun 2004, hutang negara berada pada paras RM217 bilion. Walaubagaimnapun, baru-baru ini sehingga tempoh Jun 2011 sahaja, hutang negara Malaysia telah meningkat 2 kali ganda sehingga menyebabkan hutang kerajaan persekutuan mencecah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Dalam perkataan mudahnya, pembentangan Bajet 2012 adalah merupakan bajet defisit.
  • Jumlah hutang negara Malaysia : RM437.2 bilion (52.7 % daripada KDNK)
  • Hutang dalam negara : RM421 bilion (96.3 % daripada keseluruhan hutang negara)
  • Hutang luar negara : RM16.2 bilion (3.7 % daripada keseluruhan hutang negara)
Daripada mana datangnya sumber hutang dalam negara (pinjaman yang dibuat oleh kerajaan Malaysia)?
  • Terbitan Bil Perbendaharaan
  • Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK)
  • Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM)
  • Pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan
  • Terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.
Dan…..daripada mana datangnya pula sumber hutang dalam negara (sumber pasaran modal antarabangsa)?
  • Terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia
  • Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam
  • Bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Euro, Dolar Kanada serta Dinar
hutang negara2 Hutang Negara Mencecah RM437.2 Bilion @ 52.7% Daripada KDNK. Bakal Cecah RM1 Trillion Tahun 2020
Semua angka-angka rasmi seperti di atas adalah merupakan jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Walaubagaimanapun kajian yang dilakukan oleh badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) menjangka sekiranya hutang kerajaan persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun, tidak mustahil hutang negara Malaysia boleh mencecah RM1 trilion (RM1,000,000,000,000) menjelang tahun 2020. Buat masa ini, antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun.
Tetapi dengan mengandaikan kadar faedah sebanyak lima peratus setahun, laporan REFSA menjangka dengan bayaran faedah sahaja hutang negara Malaysia akan menjadi RM50 bilion setahun.
Setakat ini Laporan Ketua Audit Negara belum lagi didedahkan kepada parlimen (rakyat) yang sepatutnya dibentang semasa Bajet 2012. Walaubagaimanpun, selepas 2 minggu sidang parlimen bersidang, laporan ketua Audit Negara dijangka akan dibentangkan di parlimen.
Mungkin kami boleh petik semula kenyataan daripada Datuk Awang Adek (Timbalan Menteri Kewangan), pada 29 Mac 2011 di Dewan Rakyat yang mana hutang negara berada pada paras RM407.1 billion iaitu 52.7% Daripada KDNK.
KUALA LUMPUR, March 29 — The country’s debt last year amounted RM407.1 billion or 53.1 per cent of Gross Domestic Product (GDP) and is no cause for worry, Dewan Rakyat heard today. Deputy Finance Minister Datuk Awang Adek Hussein said of the amount, RM390.4 billion or 96 per cent was internal while RM16.7 billion or four per cent was external debt.
“Concern should be on foreign debt but at only four per cent, it is not worrying. Our GDP ratio is much lower than others including developed countries,” he said when winding up debate on the ministry’s Supplementary Supply Bill (2010) 2011.
Awang Adek said the debts were from loans to finance the deficit and finance development projects. The loans will generate revenue to the government as it is an investment.
“The returns will be higher. This is normally the case except during an economic slowdown.” — Bernama
Kalau kita nak bandingkan negara dengan negara maju yang lain yang turut mngalami hutang. Tetapi persoalannya hutang yang bagaimana? Contohnya, Amerika hutang sudah sampai tahap yang mereka tidak akan mampu untuk  membayarnya semula. Kemudian negara-negara lain seperti :
Kenapa isu hutang negara Malaysia timbul? Sebab kerajaan dilihat sudah salahguna istilah yang diberi nama “pump-priming”. Pump-priming ialah perbelanjaan melebihi kemampuan (bajet defisit) bila kitaran ekonomi negara Malaysia sendiri kurang rancak.
Pump-priming bukan dibelanjakan untuk bertahun-tahun secara berturut-turut bagi menutup kelemahan tadbirurus kerajaan.  Dan disebabkan ini jugalah mendorong mentaliti kerajaan “suka atau tidak” terpaksa “melabur untuk mendapatkan pulangan”
GDP = C (consumption) + G (perbelanjaan gomen) + I (pelaburan) + [X (ekspot) - M (impot)]
Berkenaan isu ‘pump-priming’ ini, ianya perbelanjaan lebihan kerajaan yang biasa digunakan apabila kitaran ekonomi ke bawah. Konsepnya ialah untuk mengurangkan impak penguncupan ekonomi (pengangguran, bankrupsi,dan lain-lain lagi)
Nobel Laureate: “Goverment intervention in economy is a form of corruption”.
Fungsi kerajaan sediakan infrastruktur, persekitaran. Bukan kerajaan buat projek-projek yang terbukti merugikan negara termasuk beberapa bailout yang menyebabkan hutang negara semakin bertambah sehingga boleh membebankan rakyat yang turut terheret sama.
Hutang kerajaan = Hutang rakyat juga
Negara Indonesia satu contoh baik reformasi ekonomi. Perjalanan perit pasca Suharto; dan disiplin serta wawasan Ibu Mulyani meletakkan Indonesia di landasan yang betul. Framework semua dah siap. Tinggal perlaksanaan sahaja…
Memang perjalanan untuk Indonesia masih jauh, tetapi boleh pertimbangkan fakta dan data ini :
  • Hutang negara Indonesia kepada GDP rendah
  • 60% GDP Indonesia adalah domestik
  • Indonesia adalah ‘under-banked’ Malaysia; potensi untuk perkembangan pesat ekonomi yang dipandu melalui pertumbuhan kredit adalah satu pilihan yang belum digunapakai
Apa pengajaran yang Malaysia boleh ambil?
  • Kembangkan permintaan domestik
  • Perkasakan agihan pecahan ekonomi kepada rakyat
  • Permintaan demestik yang tinggi + lebih banyak mengawal atas faktor fungsi ekonomi
P/S : Apa pandangan anda dengan situasi hutang negara ketika ini?

Pelajar dikerah bersih ladang kelapa sawit


Posted on the January 31st, 2012 under Tempatan by
 






KUALA LUMPUR: “Selama lebih setahun keringat kami diperah di ladang yang dibuka lelaki itu dan selama itu kami tidak menghadiri kelas seperti yang dijanjikan ketika dihantar ibu bapa ke pusat tahfiz itu,” kata Kamal, 24, bekas pelajar pusat tahfiz di Kedah yang diasaskan lelaki dikenali sebagai Azhar Wahab.
Menurutnya, sejak pusat tahfiz itu dibuka 12 tahun lalu, lelaki terbabit bukan saja memerah keringat ratusan anak yatim dan pelajarnya bagi tujuan memungut derma, malah turut menjadikan kanak-kanak dan remaja berkenaan seperti buruh paksa di ladang kelapa sawit miliknya.
Katanya, hasil penat lelah pelajar itu, lelaki terbabit mengaut keuntungan besar sehingga didakwa mempunyai kekayaan luar biasa termasuk memiliki beberapa banglo, kenderaan mewah dan pejabat rasmi dianggarkan bernilai jutaan ringgit.
 

Rabu, 7 Mac 2012

BAJET 2012



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 selepas membentangkan Bajet 2012 di Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Oct 7, 2011 7:36 pm

Intipati Bajet 2012 yang dibentangkan oleh YAB Dato Sri Najib Tun Razak pada 7hb Oktober 2011

Bajet Rakyat - (Barita Harian)

Perumahan Rakyat
- Pembiayaan Skim Rumah Pertamaku dinaikkan kepada RM400,000
- 15,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat
- Subsidi RM20,000 bagi 10,000 rumah Program Perumahan Mesra Rakyat

Kakitangan Awam
- Struktur gaji lebih baik dengan kenaikan gaji 7-13 peratus
- Kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 mengikut gred
- Umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun
- Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500

Pesara Kerajaan
- Bayaran khas RM3,000 kepada bekas anggota, duda dan balu polis khas dan polis tambahan
- Kenaikan pencen 2 peratus setahun
- Bayaran bantuan RM500

Sektor Swasta
- Caruman majikan KWSP untuk gaji bulanan di bawah RM5,000 dinaikkan kepada 13 peratus
- Pelepasan cukai sehingga RM3,000 bagi caruman skim persaraan swasta dan anuiti insurans
- Pengecualian cukai ke atas pendapatan dana skim persaraan swasta

Warga Emas
- Caj pendaftaran pesakit luar percuma di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia
- Diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel

Tangani Inflasi
- Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000
- Penerusan subsidi bil elektrik RM20
- Penerusan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.3 bilion

Pelajar
- Yuran sekolah percuma
- Bantuan RM100 untuk semua pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5
- Baucar buku RM200 kepada pelajar IPTA dan

Peneroka FELDA
- FELDA Global Ventures Holdings disenaraikan di Bursa Malaysia untuk jadi syarikat konglomerat global
- Peneroka akan dapat durian runtuh

Text pembentangan Bajet 2012 boleh dilihat di Berita Harian

DIVIDEN & BONUS ASB 2011



KUALA LUMPUR, 19 Disember (Bernama) - Pemegang unit Amanah Saham Bumiputra (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, berbanding 7.50 sen tahun lepas.


Seramai 7.3 juta pemegang saham, yang kini memegang lebih 95.9 billion unit ASB, akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen.

Pengurusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan ini melibatkan pembayaran sejumlah RM7.04 billion dan bonus sebanyak RM628.29 juta.

Hingga Khamis lalu, kata beliau sekim itu mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM7.19 billion.

"Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 billion, atau 56.9 peratus daripada pendapatan kasar, manakala keuntungan daripada penjualan saham menyumbang RM2.2 billion atau 31.3 peratus," katanya pada satu taklimat media disini Isnin.

Baliau berkata baki sebanyak 11.8 peratus, atau RM0.85 billion diraih daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan-pelaburan lain.

Ahmad Sarji berkata pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ini akan dikreditkan secara otomatik kedalam akaun pemegang unit dan pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB masing-masing mulai 3 Januari tahun depan.

Semua urusniaga bagi ASB akan ditangguhkan mulai 21 Dis, 2011 hingga 2 Januari 2012, untuk mempermudahkan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus, katanya.

Beliau berkata prestasi ASB dalam tahun 2011 memuaskan meski pun pada suku terakhir tahun ini, pasaran saham telah didagangkan dalam suasana tidak menentu kerana dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi AS dan krisis hutang di Eropah.

Sementara itu, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata PNB akan memastikan ia bukan sahaja terus membayar dividen saban tahun malah juga menjana pertumbuhan bagi masa depan.

Mengenai pengambilalihan SP Setia Bhd, beliau berkata PNB masih menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Securiti (SC).

"Kami telahpun mengemukakannya kepada SC dan kami sekarang menunggu kelulusannya," jelas beliau.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan lebih lanjut.

Mengenai perkembangan projek Menara Warisan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak dalam belanjawan 2011 tahun lepas, beliau berkata "PNB telah mengemukakan arahan reka bentuk kepada 'pihak bandaraya' dan kami harap bila kami dapat kelulusannya, kami akan umumkannya."

Sumber: BERNAMA

BONUS TABUNG HAJI 2011 SEBANYAK 6%


SERAMAI 6.96 juta pendeposit Tabung Haji (TH) akan menikmati pembayaran bonus sebanyak enam peratus bagi 2011 iaitu peningkatan sebanyak 0.5 peratus berbanding tahun sebelumnya dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit pada 8 Februari depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata peningkatan pembayaran bonus berkenaan berikutan kejayaan TH mengekalkan prestasi kewangannya dengan mencatatkan pendapatan melebihi RM2 bilion untuk tahun kedua, manakala keuntungan selepas zakat melebihi RM1 bilion buat kali kelima berturut-turut sejak 2007.

“Kadar bonus pendeposit TH adalah berdaya saing memandangkan profil pelaburan TH terhad kepada pelaburan berlandaskan syariah saja, namun agensi itu masih berkemampuan memberikan tambahan 0.5 peratus daripada kadar bonus 2010 sebanyak 5.5 peratus.

“Pembayaran bonus pendeposit sebanyak RM1.67 bilion adalah daripada keuntungan tahun semasa, iaitu peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding jumlah bonus pendeposit yang dibayar pada 2010 berjumlah RM1.33 bilion,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi di bawahnya di Putrajaya, semalam. Hadir sama, Timbalan Menterinya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor.

Jamil Khir berkata, pendapatan TH tahun lalu berjumlah RM2.2 bilion meningkat sebanyak RM120 juta atau enam peratus berbanding 2010, dengan pertambahan dua kali ganda kadar pendapatan TH sejak 2006.

Menurutnya, ia seiring dengan pertumbuhan saiz dana pendeposit sebanyak 17 peratus berjumlah RM31.70 bilion berbanding RM27.11 bilion pada tahun sebelumnya.

Sumber: hmetro

APAKAH ITU PELABURAN?


Salam pembaca blog rahsia pelaburan!

      Baiklah kali ini sepertimana yang dijanjikan kita teruskan dengan artikel tentang pelaburan!
Tetapi sebelum anda terlibat dengan pelaburan ada baiknya jika anda fahami dulu erti atau maksud sebenar pelaburan!

Ini penting kerana jika anda tidak faham makna sebenar pelaburan maka anda tidak akan faham akan prinsip sebenar pelaburan! dan sekiranya anda tidak faham, maka adalah sukar untuk anda berjaya dalam dunia pelaburan sebenar!

Jadi, Apa Itu Pelaburan? Berikut adalah definisi pelaburan yang boleh anda pegang dan fahami;


Contohnya, membeli saham syarikat ABC di Bursa Malaysia. Syarikat ABC mendapat modal daripada kita kemudian menjalankan perusahaannya. Hasil tahunan yang diperolehinya, ia akan diagihkan kepada pemilik-pemilik modal iaitu dalam bentuk dividen yang telah ditentukan kadarnya. Terdapat juga pemilik modal pada hari ini yang membuat short selling dan pelbagai jenis urusniaga di Bursa Malaysia. Tapi, saya tidak berniat untuk membincangkannya sekarang.

Terdapat beberapa jenis ebook tentang pelaburan yang perlu anda baca. Dengan ebook ini anda akan dapat memahami sistem pelaburan dengan mudah dan menguntungkan.


Selain dalam bidang pelaburan ada juga boleh join bisnes yang dapat menjana pendapat dengan mudah  dan cepat ( KLIK SINI UNTUK KETERANGAN LANJUT

Selamat Datang buat semua, kerana sudi singgah ke blog saya... Sebarang isu, pendapat dan cadangan boleh di bincang bersama di blog ini. Dapatkan berita, isu pelaburan, saham dan pelbagai lagi isu semasa akan dibincangkan di blog ini..