1 MALAYSIA

Isnin, 30 April 2012

Putrajaya tarik balik pertukaran saham MAS-AirAsia




         KUALA LUMPUR, 28 April — Putrajaya telah memutuskan untuk tidak meneruskan penggabungan sembilan bulan antara Malaysia Airlines-AirAsia pada Rabu depan kerana ia gagal menunjukkan peningkatan moral 20,000 kakitangan syarikat penerbangan yang telah mengalami kerugian bernilai RM2.52 bilion pada 2011, menurut sumber.

Bagaimanapun, persetujuan kerjasamasa dijangka akan diteruskan.

The Malaysian Insider difahamkan saham kedua-dua syarikat penerbangan negara itu akan digantung Isnin depan, dengan pengumuman pada Rabu. Selasa adalah cuti umum kerana Hari Buruh.

“Perjanjian itu akan didedahkan minggu hadapan. Itu adalah penamatnya,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider, mengesahkan khabar angin sejak beberapa bulan lalu antara kedua-dua syarikat berkenaan.

Menurut sumber berkenaan, Pengurus Aset Negeri Khazanah Nasional Berhad akan mengambil semula 20.5 peratus saham daripada Malaysia Airlines (MAS), pertukaran dengan Tune Air Sdn Bhd, pemilik majoriti syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, dengan kadar 10 peratus bagi syarikat tambang murah berkenaan.

Saham perkongsian kedua-dua syarikat itu menurun sejak perjanjian tersebut dibuat tahun lalu. AirAsia ditutup sesen di bawah pada RM3.37 sesaham semalam, sedangkan MAS turun turun sesen pada kadar RM1.24sesaham.

Apabila persetujuan itu diumumkan 9 Ogos lalu, AirAsia didagangkan pada RM3.95 sesaham, dan MAS pada RM1.60.

The Malaysian Insider pada 9 Mac bahawa Purajaya akan menyemak semula perjanjian selepas Kesatuan Sekerja MAS (Maseu) mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membincangkan perkara itu, yang mana akan memufliskan MAS untuk operasi jangka masa panjang dan pendek.

MAS turut menjalankan syarikat penerbangan komuniti, Firefly dan MASwings untuk kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, MAS telah menghapuskan cadangan untuk rancangan jangka pendek, menimbulkan kecurigaan terhadap transformasi perniagaan yang diumumkan Disember lalu sebagai sebahagian rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) antara kedua-duanya.

CCF dan pertukaran saham mendapat tentangan daripada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ekoran kebimbangan terhadap monopoli domestik.

“Saya tidak boleh membuat sebarang pengumuman ... kami masih lagi menyiasat (perjanjian pertukara saham). Bila tiba masanya, kami akan dedahkan,” kata Pengerusi MyCC Tan Sri Siti Norma Yaakob baru-baru ini.

Namun sumber lain berkata, CCF antara kedua-dua syarikat itu akan diteruskan kerana Malaysia sentiasa bersaing dengan syarikat penerbangan lain apabila Polisi Langit Terbuka Asean dijalankan pada 2015. Polisi itu akan menyaksikan peningkatan persaingan dengan syarikat persaingan antara 10 bandaraya utama Asean.

“CCf akan kekal. Kedua-dua syarikay akan bekerjasama walaupun tidak mempunyai pemegang saham yang sama,” tambah sumber.

Khazanah dan Tune Air bersetuju untuk menukar saham pada Ogos lalu, selepas cubaan empat kali sebelumnya gagal antara MAS dan AirAsia, sejak sedekad lalu apabila Tan Sri Tony Fernandes dan rakannya membeli dua pesawat operasi dan hutangnya RM1.

Bank CIMB, milik Khazanah, menasihatkan kedua-duanya, dilihat cubaan terakhir untuk menyelamatkan MAS walaupun sebelum ini menjalani program pemulihan pada 2001 yang dijalankan oleh firma penasihat BinaFikir Sdn Bhd.

MAS mempunyai lebih 20,000 kakitangan walaupun bekas MD Datuk Seri Idris Jala telah mengurangkan kadarnya kepada 17,000 apabila beliau meninggalkan syarikat itu pada 2009.

Penganalisis industri berkata, syarikat itu boleh bertahan dengan satu per tiga kakitangannya, lebih-lebih lagi dengan menamatkan perjalanan ke beberapa laluan sejak enam bulan lalu.

Membuang kakitangan mungkin akan meningkatkan kos, namun ia dilihat sebagai liabiliti politik kepada Selangor, apabila MAS mempunyai operasinya di negeri tersebut, dan Najib mahu menawan kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.

Keseluruhan syarikat itu menunjukkan kerugian RM1.28 bilion bagi suku keempat tahun lalu, menjadikan jumlah keseluruhan bagi 2011 adalah RM2.52 bilion.

MAS, bagaimanapun menunjukkan peningkatam keuntungan dalam pendapatan kumpulam, meningkat dua peratus daripada tahun sebelumnya kepada RM13.9 bilion kepada 2011.

Syarikat itu mengalami kerugian berikutan peningkatan harga bahan mentah, yang meningkat daripada US$95 setong pada 2010 kepada US$133 setong pada 2011.

Antara faktor lain adalah peruntukan tambahan seperti penghantaran semula pesawat dan stok usang.

MAS berharap dapat mengumumkan pelannya untuk meningkatkan dana dan mengukuhkan syarikat itu Mei ini. Ini adalah tindakan penting kerana syarikat berkenaan bercadang mengambil 23 pesawat baru tahun ini yang menelan belanja RM6 bilion.

Apa pendapat anda?

Rabu, 18 April 2012

Majlis Perasmian Proton Preve




















         Kereta Proton Preve akhirnya telah dilancarkan secara rasmi.Majlis Perasmian Proton Terbaru ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MIECC). Kereta Proton Preve yang dulunya hanya boleh dilihat secara spyshot dan sebelumnya hanya diberi kod nama Proton P3-21A .Sudah mula dipertontonkan pada malam perasmian tersebut . Ini adalah kereta global pertama Proton, hasil daripada proses reka bentuk dan kejuruteraan Preve yang dibangunkan sepenuhnya oleh anak tempatan.

Terdapat 3 jenis transmisi bagi Proton Preve
  •  standard eksekutif transmisi manual
  •  standard eksekutif transmisi automatik
  •  spesifikasi premium transmisi automatik.
                                            Gambaran dari semua sudut Proto Preve















































































Terdapat beberapa pilihan warna Proton Preve.........



Video Majlis perlancaran Proton Preve































Apa pendapat anda tentang Proton Preve ini?

Isnin, 9 April 2012

Semakan Daftar Pemilih SPR Online


     


     Salam semua, Pilihanraya  Umum ke 13 semakin hampir nie. Dah tiba masa untuk kita undi nie, korang dah buat semakan ke belum? Korang perlu perihatin tentang pilihanraya yang akan datang nie, ianya penting untuk menentukan masa depan negara kita bersama. Pendaftaran saya sebagai pemilih telah disahkan saya berjaya bagaimana dengan anda sudah semak? Jangan berlengah lagi jum semak. Terdapat satu aktikel yang saya ambil dari berita semasa yang menunjukkan masih banyak rakyat malaysia belum membuat semakan sebagai pemilih...

  • Orang Melayu dan Bumiputera berusia 21 tahun ke atas di negara ini kurang ambil peduli semakan daftar pemilih SPR
  • Angka yang masih belum buat semakan daftar pemilih SPR bukan sedikit tetapi membabitkan membabitkan 2.1 juta orang Melayu dan Bumiputera
  • 60 peratus yang masih tak buat semakan daftar pemilih adalah mereka yang di bawah 40 tahun
  • 3.7 juta rakyat belum daftar sebagai pemilih

     Apa kata korang semak sekarang secara online ( Klik sini ..Semakan Daftar Pemilih ) .Semakan Daftar pemilih juga boleh dibuat secara SMS.



     Zaman sekarang nie amat mudah membuat semakan tak perlu keluar rumah dah boleh buat semakan sebagai pemilih. Anda hanya perlu sedikit masa saja untuk membuat semakan. Gunakan kemudahan nie dengan sebaiknya...

Selamat Datang buat semua, kerana sudi singgah ke blog saya... Sebarang isu, pendapat dan cadangan boleh di bincang bersama di blog ini. Dapatkan berita, isu pelaburan, saham dan pelbagai lagi isu semasa akan dibincangkan di blog ini..