1 MALAYSIA

Sabtu, 3 November 2012

Permohonan BR1M 2.0 Secara Online Sekarang




Borang permohonan BR1M 2.0 telah mula di sebar di akhbar - akhbar di Malaysia dan boleh didapati di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Selain itu Rakyat Malaysia juga boleh memohan secara online. Yang menarik kali ini individu bujang yang berumur 21 keatas juga dapat BR1M. Permohanan BR1M ini dapat memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, kos peruntukan sebanyak RM3 bilion.

 Borang BR1M 2.0 Boleh didapati...
  • Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Jabatan Perbangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Pejabat daerah negeri
Selain itu Borang BR1M 2.0 juga boleh memohon secara online di rumah dan borang ini dapat di muat turun.

Muat turun borang sila klik link ini   Borang Manual
Secara Online melalui internet sila klik link ini  ebr1m.hasil.gov.my


Contoh borang secara manual



Contoh borang secara Online



Syarat kelayakan BR1M 2.0

Isi rumah yang layak (RM500)
  • Warganegara Malaysia 
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
  • Berkahwin.
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah.
  • Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan keatas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan bawah.
Individu bujang yang layak (RM250)
  • Warganegara Malaysia.
  • Bujang (termasuk Belia/ Janda / Duda ) yang tiada tanggungan berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan kebawah ) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan kebawah.
  • Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  • Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Bagi yang telah menerima BR1M 1.0 tidak perlu memohon berulang kali KECUALI
  • Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau Kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan BR1M pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun 2013.

Selamat Datang buat semua, kerana sudi singgah ke blog saya... Sebarang isu, pendapat dan cadangan boleh di bincang bersama di blog ini. Dapatkan berita, isu pelaburan, saham dan pelbagai lagi isu semasa akan dibincangkan di blog ini..