1 MALAYSIA

Sabtu, 12 Januari 2013

Maxis Telah Memperkenalkan iPhone 5 Dibawah Pakej Komunikasi Belia



Maxis telah memperkenalkan Pakej Komunikasi Belia. Dulunya hanya menawarkan Samsung
Galaxy Y sebagai belian rebat RM200.Kini anda dapat 6 pilih telefon pintar 3G, dibawah pakej prabayar Hotlink ataupun pascabayar Maxis.


Terdapat 6 pakej yang diberi, antaranya iPhone5, Samsung Galaxy S3, HTC Desire C, Samsung Galaxy Mini 2, Nokia Asha 311 dan Samsung Galaxy Y sebagai pilihan.

Bagi yang ingin memohon pakej dari Maxis ini

Sila ikut langkah dibawah

Langkah 1 : Sila layari ( http://nbi.skmm.gov.my/ ) dan ikut arahan untuk pra pendaftaran.
Langkah 2 : Sila bawa dokumen - dokumen di bawah ke pusat Maxis untuk pembelian telefon pintar
                    ( Salinan MyKad )
                    ( Salinan ID Pelajar ( jika anda seorang pelajar )
Langkah 3 : Daftar pelan Maxis atau Hotlink dengan internet mudah alih.

Syarat Kelayakkan 
  • Belia Malaysia yang berumur antara 21 dan 30 tahun termasuk pelajar.
  • Pendapatan bulanan sebanyak RM3,000 dan kebawah.
  • 1 telefon pintar 3G bagi setiap belia sahaja.
  • wajib langgan pelan Maxis atau Hotlink dengan internet mudah alih.

SKMM menasihatkan para belia agar memilih telefon berdasarkan kemampuan masing - masing dan tidak terburu - buru membeli selepas mendaftar.Setelah mendaftar,belia yang layak diberi tempoh 30 hari untuk menebus rebat RM200 mereka di wakil - wakil penjual yang dilantik.

Selamat Datang buat semua, kerana sudi singgah ke blog saya... Sebarang isu, pendapat dan cadangan boleh di bincang bersama di blog ini. Dapatkan berita, isu pelaburan, saham dan pelbagai lagi isu semasa akan dibincangkan di blog ini..